BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 13, 2009

cradle of filth_Nymphetamine

Saturday, June 27, 2009

hehe..

Bas Dua Tingkat

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat. Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk. Nenek: Eh... sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut. Cucu: Mengapa nenek? Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Hanya Lima

Abang: Sudahkah adik menduduki ujian Matematik? Adik: Sudah. Abang: Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul? Adik: Hanya lima soalan sahaja yang salah. Abang: Wah! Baguslah kalau begitu. Berapakah jumlah soalan dalam kertas ujian adik itu? Adik: Lima. Abang: !!!!!

Unta

Ibu unta dan anaknya sedang berbual-bual. Anak unta kemudian bertanya kepada ibu unta,

Anak Unta: Ibu mengapa ketiga-tiga jari kaki saya besar?
Ibu Unta: Anakku, apabila kita berjalan di padang pasir yang pasirnya tidak pejal, jari kaki kita akan mengelakkan badan kita daripada tenggelam ke dalam pasir.
Anak Unta: Hmm.. benar juga kata-kata ibu ya. Ibu mengapa bulu mata saya panjang?
Ibu Unta: Untuk mengelakkan mata kita daripada dimasuki pasir apabila kitaberjalan di padang pasir.
Anak Unta: Oh, begitu. Ibu mengapa saya mempunyai benjolan yang besar di bahagian belakang saya?
Ibu Unta: (Sedikit marah) Benjolan itu membantu kita menyimpan lemak supaya kita boleh bertahan tanpa meminum air dalam perjalanan yang jauh.
Anak Unta: Oh! Saya rasa sungguh bertuah! Kita mempunyai tapak kaki yang besar supaya kita tidak tenggelam ke dalam pasir, bulu mata yang panjang supaya pasir tidak masuk ke dalam mata dan benjolan ini untuk menyimpan air? tetapi ibu?
Ibu Unta: Apa lagi sayang?
Anak Unta: Mengapa kita berada di dalam taman haiwan?!

Beritahu Siang-siang

Marsya baru berumur lima tahun. Dia memang pintar bercakap. Suatu hari dia telah mengikuti ibunya ke sebuah kedai. Ibunya mahu membeli barang-barang keperluan di dapur.

Ibu : Encik, saya nak susu dua tin, beras 3 kilogram, garam sekotak dan gula 2 kilogram.
Encik : Susu yang ini boleh? (sambil menunjukkan susu cap teko) Ibu : Bolehlah. Encik : Ada apa-apa lagi yang awak nak? Ibu : Tidak.

Setelah membayar harga barang-barang itu, ibu teringat akan beberapa barang yang perlu dibelinya. Dia pun memesan barang-barang itu kepada penjual tadi.

Penjual : Kenapa awak tidak beritahu saya siang-siang? (Dia kelihatan marah)

Ibu tidak menjawab. Marsya yang dari awal tadi hanya memerhatikan gelagat ibu dan penjual itu, tiba-tiba bersuara.

Marsya : Pak cik! Ibu telah beritahu siang-siang bukan malam-malam. Kalau beritahu malam-malam tentu kedai pak cik dah tutup
Penjual: ????

Hukuman untuk guru

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."

100%

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.
"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.
"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

Gear

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin:????????

Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.

Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."
Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"
Anak : "2 kilo pakcik"
Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."
Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."

Kunci Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya. Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,
"Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?"
"Tak boleh," jawab Ah Seng. "Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan penyangkut baju."

Kemudian Ah Beng pula berkata, "Ah.. aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap."
"Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta."
"Kan Cheong!" jerit Ah Beng. "Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!"

Zaman Berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

Kesimpulannya: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Sunday, April 12, 2009

lawak habis....

Timbang

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Peguam materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat.. Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu. Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain" "kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam . Lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?" "Ya Tuhan!!", jerit si peguam tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

Haram menikahi gadis satu kampung

MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003: "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya....

Pelik Pelik

Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. "Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya." "Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm... satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita... lapan..."

Siapa Ini?

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"Jururawat: "Erkkk..."

Rahsia Menangkap Ikan.

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo.......

Malu Sesangat.

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Zorro & Robinhood

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO....."Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata.... " I AM ROBIN HOOD............"Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan SUMPIT dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata....... ......"I AM SORRY....!!"

Telur

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"


Kemalangan jalanraya

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun.
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu

Ujian akhir CIA

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.
Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."

Pemilik pisau lipat

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di
depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya
dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang... Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*